Wednesday, 23 October 2013

SET KECANTIKAN KULIT



Kulit merupakan organ paling luar tubuh manusia yang bersifat lentur dan lembut. Untuk mendapatkan kulit yang sihat, setiap individu perlu membersihkan, melembabkan dan melindungi kulit mereka. Berbanding lelaki, kulit wanita adalah lebih sensatif dan memerlukan perhatian yang lebih.  Setiap individu mengimpikan kulit yang cantik, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda apabila usia meningkat.

Selain daripada mejalani rawatan kulit di spa, cara lain untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit adalah melalui pemakanan.  Antara makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cerah berseri seperti yang diidamkan dalah seperti berikut:

1. Tomato
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

2. Strawberi
Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.

3. Salad
Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

4. Telur
Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung. Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

5. Epal
Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).

6. Soya
Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon. Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.

Selain itu, terdapat juga beberapa petua yang boleh diamalkan.  Antaranya adalah:

1.  Gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus. Campurkan dengan air mawar atau lebih mudah dengan air masak. Sapu ke muka. Amalkan 2 kali seminggu bagi mengatasi masalah jerawat atau jeragat.

2. Jus epal hijau yang diperah untuk memberikan kesegaran kepada kulit muka – Sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

3. Ambil beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari untuk menghilangkan tanda hitam pada badan.

4. Gosok pada muka dan seluruh badan semasa mandi dengan sebiji limau nipis yang dibelah dua untuk mendapatkan kulit cerah dan licin. Amalkan setiap hari.

5. Menghilangkan parut – Sedikit asam jawa dicampur dengan air dan diramas. Kemudian, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

6. Menegangkan kulit muka – Gunakan tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan atau lumatkan timun. Kemudian, campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan tidak terlalu cair. Sapukan ke muka dan biar sehingga kering. Bilas dengan air.

7. Merawat kulit berkedut – Parut sebatang lobak merah dan campur bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu disapu ke kulit sekali sehari.

8. Tegangkan kulit muka – Campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk sehingga lumat. Sapu di muka dan leher. Amalkan dua kali seminggu.

9. Masalah Kulit berkedut – Satu sudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah. Amalkan dalam masa 2 minggu.

10. Hilangkan parut demam campak – Hilangkan tanda hitam demam campak dengan daun semambu. Gilingkan hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Amalkan selama 3 hari. Daun semambu juga boleh direbus untuk di minum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

Sekiranya anda berasa sukar untuk mengamalkan petua di atas, anda bolehlah beralih kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.  Set asas kecantikan kulit shaklee terdiri daripada 3 vitamin penting iaitu Vitamin E, Vitamin C dan B-complex.  ESP juga boleh Peranan bagi setiap vitamin dalam kecantikan kulit adalah seperti berikut:

1. *Vitamin E
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
2. *Vitamin C 
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
3. *Vitamin B Complex 
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
4. ESP
  • baik untuk awet muda, membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Ia merangsang pembentukan semula kulit dan otot serta kurangkan kedutan, kembalikan seri wajah dan kurangkan atau pudarkan kesan parut.

Kesan set kecantikan kulit shaklee kepada kulit pengguna:
  • kurang kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • kelihatan lebih muda
  • lebih kenyal
  • lebih cerah
  • terlindung dari sinaran UV
  • kurang parut jerawat
  • lebih bersinar dan bermaya
  • lebih cerah dan kemerahan
  • lebih berseri
TESTIMONI PENGGUNA:




Menarik bukan??
So apalagi... dapatkan harga diskaun dari saya. Harga retail set skincare shaklee untuk kesemua 4 produk di atas lebih kurang rm***. Tapi tak semua untuk kegunaan sebulan ye.ada tahan sampai 4 bulan! Nak tahu details dan Bagaimana nak dapatkan harga special atau harga diskaun set kecantikan kulit shaklee ni? Sms/whatsapp saya di 012-5662739 yer!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

sumber: 
2. www.shaklee.com.my