Wednesday, 16 October 2013

AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Apakah maksud berpantang selepas bersalin?

Pantang bersalin untuk masyarakat Melayu biasanya dalam 44 hari. Ada juga yang lanjutkan sehingga ke 100 hari. Jadi selama 44 hari atau 100 hari ini, apa perlu dibuat atau pantang larangnya? Dalam tempoh ini, ada amalan yang biasa dibuat seperti berurut, bertungku, berbengkung, berlulur, mandi herba dan bertangas. Semasa tempoh ini juga pemakanan perlu dijaga agar cepat pulih. Amalan ini banyaknya memberi manfaat kepada ibu, asalkan dibuat dengan cara yang betul.

Solat dan puasa, selagi darah nifas masih belum kering tidak boleh dilakukan. Jika darah nifas kering pada hari ke 30, sudah boleh mula solat dan berpuasa. Jika darah nifas sehingga 60 hari, maknanya selepas 60 hari baru boleh mula solat atau berpuasa. Ini tidak termasuk dalam pantang 44 hari atau 100 hari. Perlu ikut hukum.

Bersama suami? Mengikut Islam, darah sudah kering sudah boleh bersama. Namun dalam amalan berpantang Melayu digalakan tidak bersama sehingga 44 hari atau sehingga 100 hari tersebut. Jadi terserah pada individu.

Kepentingan amalan berpantang?

Amalan berpantang selepas bersalin bagi ibu-ibu amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan. Ini kerana, ibu yang baru bersalin mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Perubahan hormon juga sedikit sebanyak akan mempengaruhi emosinya dimana para ibu mungkin akan cepat  marah, sedih atau tertekan.  Sindrom ini dinamakan baby blues dan ianya mungkin hanya akan hilang selepas beberapa minggu.  Ini mungkin akan memberikan kesan kecil atau mungkin memberi kesan yang besar kepada emosi ibu dan seterusnya  mempengaruhi ibu dalam melaksanakan tugas seharian. 

Secara keseluruhannya wanita selepas bersalin perlu pulih seperti sediakala dari segi:
  • kesihatan jasmani dan rohani serta keadaan mentalnya,
  • pemulihan kejelitaaannya khususnya dari segi paras, rupa dan bentuk badan
  • serta pemulihan fungsi kewanitaan khususnya dalam perhubungan kelamin.
Amalan yang patut diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang dalam pantang:

1. Elakkan tidur tanpa bantal
2. Sentiasa memakai stokin supaya kaki tidak sejuk/ elak masuk angin
3. Jangan duduk mencangkung untuk elakkan sistem peranakan jatuh
4. Duduk di atas bangku ketika mandi
5. Rapatkan kaki ketika tidur. Amalan ini bertujuaan untuk merapatkan kembali sistem peranakan
6. Jgn makan ubi-ubian untuk mengelakkan kembung
7. Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
8. Jangan bersama dalam tempoh 100 hari.
9. Elakkan ibu jari kaki daripada terantuk untuk mengelakkan bentat.
10. Elakkan minum air ais dan makan mee@laksa.

Sebenarnya byk lagi pantang larang yang perlu dipraktikkan oleh ibu2 yg masih perpantang. Semuanya patutnya diamalkan . Makan jamu @ suplemen adalh plg penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Dan last sekali jgn tension atau tertekan.

Set bersalin Shaklee 

Kelebihan vitamin yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee:

1. *Vitalea
  • Mengandungi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang di perlukan oleh orang dewasa.
  • Oleh kerana,ibu banyak kehilangan darah,ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang.
  • Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah
  • PESANAN- vitalea tidak boleh di ambil bersama susu,sebab itu ostematrik perlu di jarakkan pengambilannya dengan vitalea.
2. *B-Complex
  • Menukar makanan kepada tenaga-menjadikan ibu berpantang kurang letih dan bertenaga.
  • Melawan tekanan
  • Membaiki masalah kulit kepala,kelemumur,rambut gugur
  • Mencegah anemia-membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
3. *Zinc Complex
  • Mempercepatkan pemulihan luka-sama ada bersalin normal atau pmbedahan,penting untuk ibu berpantang pulih sepenuhnnya.
  • Mempertingkatkan sistem imun
  • Membantu masalah keguguran rambut yang di alami ibu berpantang
  • Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.
4. *Sustained Release Vita C
  • Peningkatan sistem imun.
  • Mencantikkan kulit-kebiasaannya ibu berpantang mengalami wajah yang agak kusam
  • Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama kejadian jeragat.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
5. *ESP
  • Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia.
  • Membantu meningkatkan sistem imun dalam badan.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Terbaik untuk ibu serta anak kerana khasiat esp mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
6. *Ostematrix
  • Kalsium yang isinya seimbang,kadar penyerapannya 99%
  • Menguatkan tulang
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas-selalunya ibu yang melakukan pembedahan terdedah untuk menjadi kebas serta kejang.
  • Meringankan stress-mengimbangi tekanan darah.mood,sakit kepala dan pitam.
  • Mengelak sembelit

7. *Alfalfa Complex
  • Meningkatkan pengeluaran susu
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol-disamping menyusu dapat menghapuskan lemak.
  • Melegakan keletihan


Anda tidak akan menyesal memilih Set Bersalin Shaklee kerana di samping anak membesar selari dengan khasiat yang di perlukan,para ibu juga turut mendapat manfaat kesihatan.

Anda di sarankan untuk menyusu secara eksklusif selama enam bulan dan meneruskannya dengan makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia 2 tahun.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment