Monday, 28 October 2013

PETUA UNTUK MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN BAYI

BAHAGIAN I: PETUA YANG PERLU DIPRAKTIKKAN SEMASA MENGANDUNG UNTUK MEMUDAHKAN PROCESS KELAHIRAN

1. Senaman Pernafasan
Berlatih semasa mengandung lagi untuk membiasakan kita dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:

a. Early labour breathing (mula rase sakit/ start contraction)
~ Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung

b. Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)
~Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.
~Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.
~Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.

c. Second stage breathing
~Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung..dan baru push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
~Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk kedalam semula.

Maklumat lanjut sila layari www.askbaby.com/breathing-exercises-for-labour.htm


2. Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit/otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahitan bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan dimana saja (org bukan tau pun kte tgh wat senaman kegel ni... huhuhu...). Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya.

3. Amalan membaca surah Maryam
Amalkan membaca surah Maryam terutama sekalai apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin. Kisah Maryam melahiran Nabi Isa dalam Surah Maryam Ayat 23-26.

4. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk
Ada orang tua-tua berpesan supaya jangan amalkan minuman sejuk dikuatiri ibu-ibu akan lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran.

5. Makan secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, ibu makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan ibu mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana kurma boleh bagi tenaga kepada badan. Siti Maryam pun di saat melahirkan Nabi Isa cuma makan beberapa biji kurma dan Beliau mudah melahirkan dgn izinNya.

BAHAGIAN II: PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION
(BERMULA KETIKA PINTU RAHIM SUDAH TERBUKA 2CM)

1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. Mula minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca al-fatihah dan berdoa "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

3. Kalau ada minyak selusuh, sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang. Kemudian Selawat dan minum sesudu sambil berdoa.. ",Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

4. Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia.

5. Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.

6. Banyakan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”.
dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”

BAHAGIAN III . PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI (proses meneran tuk kluarkan baby)

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan
seorg khalifah Allah ke dunia.

2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

3. Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan.. Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing) Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

Rumusannya.. Ini adalah sekadar panduan sahaja. Keadaan sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza semasa melahirkan seorang manusia. Apapun kita hanya mampu merancang dan berdoa moga dipermudahkan proses kelahiran ini. Dan yang penting kongsilah petua ini dengan suami atau birth partner, kerana semasa sedang sakit, segala ilmu, petua dan teknik yang telah dipelajari dan dikutip mungkin akan hilang dan terlupa dek kerana menahan sakit. Oleh itu perlu adanya seseorang yang berada disamping kita semasa proses kelahiran tersebut untuk mengingatkan kita. Mudah-mudahan dipermudahkanNya... Amin..

Wednesday, 23 October 2013

SET KECANTIKAN KULIT



Kulit merupakan organ paling luar tubuh manusia yang bersifat lentur dan lembut. Untuk mendapatkan kulit yang sihat, setiap individu perlu membersihkan, melembabkan dan melindungi kulit mereka. Berbanding lelaki, kulit wanita adalah lebih sensatif dan memerlukan perhatian yang lebih.  Setiap individu mengimpikan kulit yang cantik, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda apabila usia meningkat.

Selain daripada mejalani rawatan kulit di spa, cara lain untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit adalah melalui pemakanan.  Antara makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cerah berseri seperti yang diidamkan dalah seperti berikut:

1. Tomato
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

2. Strawberi
Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.

3. Salad
Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

4. Telur
Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung. Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

5. Epal
Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).

6. Soya
Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon. Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.

Selain itu, terdapat juga beberapa petua yang boleh diamalkan.  Antaranya adalah:

1.  Gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus. Campurkan dengan air mawar atau lebih mudah dengan air masak. Sapu ke muka. Amalkan 2 kali seminggu bagi mengatasi masalah jerawat atau jeragat.

2. Jus epal hijau yang diperah untuk memberikan kesegaran kepada kulit muka – Sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

3. Ambil beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari untuk menghilangkan tanda hitam pada badan.

4. Gosok pada muka dan seluruh badan semasa mandi dengan sebiji limau nipis yang dibelah dua untuk mendapatkan kulit cerah dan licin. Amalkan setiap hari.

5. Menghilangkan parut – Sedikit asam jawa dicampur dengan air dan diramas. Kemudian, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

6. Menegangkan kulit muka – Gunakan tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan atau lumatkan timun. Kemudian, campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan tidak terlalu cair. Sapukan ke muka dan biar sehingga kering. Bilas dengan air.

7. Merawat kulit berkedut – Parut sebatang lobak merah dan campur bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu disapu ke kulit sekali sehari.

8. Tegangkan kulit muka – Campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk sehingga lumat. Sapu di muka dan leher. Amalkan dua kali seminggu.

9. Masalah Kulit berkedut – Satu sudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah. Amalkan dalam masa 2 minggu.

10. Hilangkan parut demam campak – Hilangkan tanda hitam demam campak dengan daun semambu. Gilingkan hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Amalkan selama 3 hari. Daun semambu juga boleh direbus untuk di minum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

Sekiranya anda berasa sukar untuk mengamalkan petua di atas, anda bolehlah beralih kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.  Set asas kecantikan kulit shaklee terdiri daripada 3 vitamin penting iaitu Vitamin E, Vitamin C dan B-complex.  ESP juga boleh Peranan bagi setiap vitamin dalam kecantikan kulit adalah seperti berikut:

1. *Vitamin E
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
2. *Vitamin C 
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
3. *Vitamin B Complex 
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
4. ESP
  • baik untuk awet muda, membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Ia merangsang pembentukan semula kulit dan otot serta kurangkan kedutan, kembalikan seri wajah dan kurangkan atau pudarkan kesan parut.

Kesan set kecantikan kulit shaklee kepada kulit pengguna:
  • kurang kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • kelihatan lebih muda
  • lebih kenyal
  • lebih cerah
  • terlindung dari sinaran UV
  • kurang parut jerawat
  • lebih bersinar dan bermaya
  • lebih cerah dan kemerahan
  • lebih berseri
TESTIMONI PENGGUNA:




Menarik bukan??
So apalagi... dapatkan harga diskaun dari saya. Harga retail set skincare shaklee untuk kesemua 4 produk di atas lebih kurang rm***. Tapi tak semua untuk kegunaan sebulan ye.ada tahan sampai 4 bulan! Nak tahu details dan Bagaimana nak dapatkan harga special atau harga diskaun set kecantikan kulit shaklee ni? Sms/whatsapp saya di 012-5662739 yer!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

sumber: 
2. www.shaklee.com.my

Wednesday, 16 October 2013

AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Apakah maksud berpantang selepas bersalin?

Pantang bersalin untuk masyarakat Melayu biasanya dalam 44 hari. Ada juga yang lanjutkan sehingga ke 100 hari. Jadi selama 44 hari atau 100 hari ini, apa perlu dibuat atau pantang larangnya? Dalam tempoh ini, ada amalan yang biasa dibuat seperti berurut, bertungku, berbengkung, berlulur, mandi herba dan bertangas. Semasa tempoh ini juga pemakanan perlu dijaga agar cepat pulih. Amalan ini banyaknya memberi manfaat kepada ibu, asalkan dibuat dengan cara yang betul.

Solat dan puasa, selagi darah nifas masih belum kering tidak boleh dilakukan. Jika darah nifas kering pada hari ke 30, sudah boleh mula solat dan berpuasa. Jika darah nifas sehingga 60 hari, maknanya selepas 60 hari baru boleh mula solat atau berpuasa. Ini tidak termasuk dalam pantang 44 hari atau 100 hari. Perlu ikut hukum.

Bersama suami? Mengikut Islam, darah sudah kering sudah boleh bersama. Namun dalam amalan berpantang Melayu digalakan tidak bersama sehingga 44 hari atau sehingga 100 hari tersebut. Jadi terserah pada individu.

Kepentingan amalan berpantang?

Amalan berpantang selepas bersalin bagi ibu-ibu amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan. Ini kerana, ibu yang baru bersalin mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Perubahan hormon juga sedikit sebanyak akan mempengaruhi emosinya dimana para ibu mungkin akan cepat  marah, sedih atau tertekan.  Sindrom ini dinamakan baby blues dan ianya mungkin hanya akan hilang selepas beberapa minggu.  Ini mungkin akan memberikan kesan kecil atau mungkin memberi kesan yang besar kepada emosi ibu dan seterusnya  mempengaruhi ibu dalam melaksanakan tugas seharian. 

Secara keseluruhannya wanita selepas bersalin perlu pulih seperti sediakala dari segi:
  • kesihatan jasmani dan rohani serta keadaan mentalnya,
  • pemulihan kejelitaaannya khususnya dari segi paras, rupa dan bentuk badan
  • serta pemulihan fungsi kewanitaan khususnya dalam perhubungan kelamin.
Amalan yang patut diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang dalam pantang:

1. Elakkan tidur tanpa bantal
2. Sentiasa memakai stokin supaya kaki tidak sejuk/ elak masuk angin
3. Jangan duduk mencangkung untuk elakkan sistem peranakan jatuh
4. Duduk di atas bangku ketika mandi
5. Rapatkan kaki ketika tidur. Amalan ini bertujuaan untuk merapatkan kembali sistem peranakan
6. Jgn makan ubi-ubian untuk mengelakkan kembung
7. Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
8. Jangan bersama dalam tempoh 100 hari.
9. Elakkan ibu jari kaki daripada terantuk untuk mengelakkan bentat.
10. Elakkan minum air ais dan makan mee@laksa.

Sebenarnya byk lagi pantang larang yang perlu dipraktikkan oleh ibu2 yg masih perpantang. Semuanya patutnya diamalkan . Makan jamu @ suplemen adalh plg penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Dan last sekali jgn tension atau tertekan.

Set bersalin Shaklee 

Kelebihan vitamin yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee:

1. *Vitalea
  • Mengandungi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang di perlukan oleh orang dewasa.
  • Oleh kerana,ibu banyak kehilangan darah,ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang.
  • Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah
  • PESANAN- vitalea tidak boleh di ambil bersama susu,sebab itu ostematrik perlu di jarakkan pengambilannya dengan vitalea.
2. *B-Complex
  • Menukar makanan kepada tenaga-menjadikan ibu berpantang kurang letih dan bertenaga.
  • Melawan tekanan
  • Membaiki masalah kulit kepala,kelemumur,rambut gugur
  • Mencegah anemia-membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
3. *Zinc Complex
  • Mempercepatkan pemulihan luka-sama ada bersalin normal atau pmbedahan,penting untuk ibu berpantang pulih sepenuhnnya.
  • Mempertingkatkan sistem imun
  • Membantu masalah keguguran rambut yang di alami ibu berpantang
  • Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.
4. *Sustained Release Vita C
  • Peningkatan sistem imun.
  • Mencantikkan kulit-kebiasaannya ibu berpantang mengalami wajah yang agak kusam
  • Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama kejadian jeragat.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
5. *ESP
  • Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia.
  • Membantu meningkatkan sistem imun dalam badan.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Terbaik untuk ibu serta anak kerana khasiat esp mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
6. *Ostematrix
  • Kalsium yang isinya seimbang,kadar penyerapannya 99%
  • Menguatkan tulang
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas-selalunya ibu yang melakukan pembedahan terdedah untuk menjadi kebas serta kejang.
  • Meringankan stress-mengimbangi tekanan darah.mood,sakit kepala dan pitam.
  • Mengelak sembelit

7. *Alfalfa Complex
  • Meningkatkan pengeluaran susu
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol-disamping menyusu dapat menghapuskan lemak.
  • Melegakan keletihan


Anda tidak akan menyesal memilih Set Bersalin Shaklee kerana di samping anak membesar selari dengan khasiat yang di perlukan,para ibu juga turut mendapat manfaat kesihatan.

Anda di sarankan untuk menyusu secara eksklusif selama enam bulan dan meneruskannya dengan makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia 2 tahun.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, 11 October 2013

KENAPA TUBUH PERLUKAN SUPPLEMEN?




Supplemen atau makanan tambahan boleh didapati sama ada dalam bentuk minuman atau makanan. Suplemen ini juga boleh wujud dalam perlbagai bentuk iaitu sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.  Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.  “Jika dilihat di sekeliling kita, suplemen dijual dengan meluas .

“Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.  Makanan tambahan seperti itu perlu diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Walau bagaimanapun, cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Bagi individu yang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya.  “Kita juga perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Ini kerana, kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130219/kn_01/Suplemen-dalam-kehidupan#ixzz2hNkWtHdf 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Badan kita sebenarnya memerlukan kuantiti vitamin yang tinggi.  Walaubagaimanapun, makanan yang diambil dalam diet seharian kadang kala tidak cukup untuk membekalkan  semua zat atau vitamin yang diperlukan oleh badan.  Selain itu, terdapat juga pelbagai faktor lain yang menyebabkan tubuh badan kita memerlukan suplemen.  Antaranya adalah: 

1 - Pencemaran alam sekitar

Kita tidak boleh lari daripada pencemaran kecuali kita memakai set pelindung dan berkurung di dalam rumah.  Ini kerana, dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan di dalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, agen penyebab kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan!

2 - Sering jatuh sakit

Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tercemar atau tidak segar

Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4 - Gaya hidup tidak sihat

Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!

Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI

Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5 - Diet yang tidak seimbang

Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6 - Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan

Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.

7 - Kehilangan nutrien dalam makanan semasa proses penyediaan makanan

Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?


Itulah antara 7 faktor yang menyebabkan kepada keperluan suplemen untuk kita renung-renungkan .  Saya telah memilih yang suplemen yang terbaik iaitu SHAKLEE. Supplemen ini, telah 50 tahun berada di pasaran dan telah menjadi perintis di dunia pasaran suplemen. Anda pula bagaimana?  




Saturday, 5 October 2013

CINCH SHAKE MIX



Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. Kebaikan cinch shake mix adalah seperti berikut:
  • Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas
  • Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan
  • Rendah glisemik
  • Soya bukan GMO
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
Bagi ibu2 yang menyusu biasanya mereka akan ambil ESP, kerana Cinch membantu kalori dibakar dengan lebih cepat sbb ia meningkatkan metabolisme badan, tapi bagi ibu yang menyusu anak yang berumur setahun keatas, dah boleh ambil CINCH ni tapi makanan kene seimbang.

Contoh: Bfast, ambil 2 scoop cinch+half scoop ESP(protein) bersama 2 keping toasted bread. tak berat/ringan sangat kan? so takde masalah kurang kalori untuk menyusu anak dan sebagainya. Kenapa kene add half scoop protein ESP? Sbb anda sedang menyusu, jadi keperluan nutrien/kalori haruslah mencukupi.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



Wednesday, 2 October 2013

LECITHIN

Lecithin merupakan antara hot stuff produk Shaklee. Ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. 

Kebaikan Lecithin Shaklee yang best ini salah satunya adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu. Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelansingan di pasaran untuk jangka masa panjang.

Apa yang istimewa, Lecithin Shaklee ni bebas kolestrol, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Bagi yang membeli beli Lecitin untuk tujuan mengawal berat badan, anda boleh mengambilnya selepas heavy meal. 6 tablet/day insyaAllah dah cukup untuk mendapatkan kesan yang optimum. *Selain daripada memecahkan lemak, Lecithin Shaklee ni ada banyak fungsi lain seperti berikut:

  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kebaikan lecithin terhadap susu ibu.

Testimoni pengguna tentang lecithin:







* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

KESAN KEGEMUKAN DAN OBESITI



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu dijangka bakal mencecah 1.5 bilion pada 2015.  Di Malaysia, masalah kegemukan atau obesiti merupakan masalah yang kian meningkat di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.   Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia merupakan negara paling gemuk di Asia Tenggara dengan kadar obesiti yang paling tinggi.  Ini bukanlah satu gelaran yang cemerlang.  Ini kerana, kita melebihi negara-negara Asean yang lain dan berada tempat keenam di seluruh Asia dan membelakangi beberapa negara Timur Tengah.

Peningkatan global kegemukan dan obesiti ini disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan yang bergula dan berlemak tetapi rendah vitamin, mineral dan mikronutrisi lain. Selain itu, ia juga disebabkan kurangnya melakukan aktiviti fizikal disebabkan kemajuan sistem pengangkutan awam yang menyebabkan ramai tidak lagi gemar berjalan kaki atau berbasikal yang dapat membakar kalori. Tidak lama dulu, WHO juga melaporkan mengenai kajian di Afrika Selatan pada 2003 yang mendapati pengambilan gula yang tinggi menjadi penyebab utama obesiti dan karies gigi. Kira-kira 20 peratus kalangan dewasa mengalami masalah obesiti, manakala sembilan peratus kanak-kanak turut mengalami masalah sama.

Mengikut garis panduan WHO, kegemukan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih 25 dan mereka yang melebihi bacaan 30 dikategorikan sebagai obesiti.  Cara pengiraan BMI adalah seperti berikut:


Kesan daripada kegemukan dan obesiti:
  •  Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  •  Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  •  Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri. 
  •  Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur. 
  •  Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul. 
  •  Sakit pada tumit kaki
  •  Bertambah gemuk apabila umur meningkat. 
  •  Meningkatkan risiko penyakit kanser kolon bagi lelaki sebanyak 50%.
  •  Meletakkan tekanan tambahan ke atas lantai pelvik dan boleh menyebabkan masalah kencing tak lawas dan buasir.


Penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian.  Memang ada sesetengah program diet di pasaran yang boleh menurunkan berat badan dengan cepat atau dengan kehilangan berkilo-kilo banyaknya. Tapi selalu jugak berlaku, berat badan naik kembali selepas satu-satu tempoh. Kita gagal melepasi tahap pembakaran lemak yang sihat. Macam mana tu?

  1. Bila berdiet, kalori badan dikurangkan
  2. Sistem badan akan dapat signal 'kebuluran'
  3. Sebagai tindak balas pada signal tu, badan akan set mod 'survival'
  4. Dalam mod 'survival', tenaga dijimatkan dengan melambatkan proses metabolisma badan
  5. Badan akan cuba mengekalkan lemak yang ada selagi boleh. 
  6. Oleh kerana badan perlukan tenaga, bukan sahaja lemak dibakar. Otot juga dibakar. 
  7. Bila otot terbakar tanpa dibina semula, kadar metabolisma akan bertambah lambat.
  8. Pada masa ini lah kita biasanya boleh gagal kerana badan akan berasa letih, lapar dan teringin nak makan macam-macam
  9. Jika kita kembali pada tabiat pemakanan lama, berat badan akan bertambah semula. Lebih mengecewakan, berat bertambah disebabkan tambahan lemak, bukan otot.

Kelebihan program pengurusan berat badan (slimming) Shaklee

Program Kurus @ Set Slimming (weight management) Shaklee adalah istimewa dan unik kerana :

~ dibuat untuk memecah kitaran (break cycle) diet biasa
~ membakar lemak yang tak diperlukan (berlebihan)
~ diformulasi dengan Leucine - asid amino yang membantu mengekalkan otot ketika proses pembakaran lemak. Apabila otot dikekalkan, kadar metabolisma tidak menurun - proses pembakaran lemak lebih berkesan
~ Tidak mengandungi sebarang perasa, pewarna tiruan atau pengawet
~ Dijamin 100% semulajadi, menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa penggunaan unsur sintetik
~ Telah diiuji secara klinikal

Tuesday, 1 October 2013

SHAPE-UP/ SLIMMING SET

"The best way to stay slim & trim"

Setiap lelaki dan wanita yang mengalami masalah berat badan atau obeseti pasti mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi.  Secara asasnya, untuk menurunkan berat badan anda memerlukan tiga (3) perkara penting iaitu detoks, protein dan lecithin.



Kenapa perlu protein? 
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


Kenapa perlu detoks? 
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. ... tahukah anda… kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..) Utk detoks, anda boleh pilih samada nak Fiber atau Herblax.. ikut budget naa.. Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya… Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit.selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum).



Kenapa perlu Lecitin?
Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak di dalam badan.  Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak atau dalam perkataan ringkasnya, ia boleh menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Walaubagaimanapun, lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Oleh itu, Shaklee mencadangkan Shape-up of slimming set bagi membantu anda menikmati hidup baru yang hebat dengan menghilangkan lemak yang berlebihan.  Set Shape-up Shaklee terdiri daripada tiga (3) cadangan suplemen iaitu:

  1. Cinch shake mix
  2. Lecithin &
  3. Herb-lax
Kebaikan mengamalkan Shaklee Shape-Up Set:
  • Badan yang lansing dan rapi
  • Nampak lebih anggun 
  • Rasa ungul
  • Rasa lebih bertenaga
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Harga Set Shape-up: RM 242 (Semenanjung Malaysia), RM 253 (Sabah/Sarawak)
Kos penghantaran: RM 10 (Semenanjung Malaysia), RM 20 (Sabah/ Sarawak)

Selain di atas, program slimming Shaklee juga ada beberapa pilihan bersesuaian dengan bajet dan keadaan anda. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.. :D