Friday, 11 October 2013

KENAPA TUBUH PERLUKAN SUPPLEMEN?




Supplemen atau makanan tambahan boleh didapati sama ada dalam bentuk minuman atau makanan. Suplemen ini juga boleh wujud dalam perlbagai bentuk iaitu sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.  Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.  “Jika dilihat di sekeliling kita, suplemen dijual dengan meluas .

“Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.  Makanan tambahan seperti itu perlu diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Walau bagaimanapun, cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Bagi individu yang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya.  “Kita juga perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Ini kerana, kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130219/kn_01/Suplemen-dalam-kehidupan#ixzz2hNkWtHdf 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Badan kita sebenarnya memerlukan kuantiti vitamin yang tinggi.  Walaubagaimanapun, makanan yang diambil dalam diet seharian kadang kala tidak cukup untuk membekalkan  semua zat atau vitamin yang diperlukan oleh badan.  Selain itu, terdapat juga pelbagai faktor lain yang menyebabkan tubuh badan kita memerlukan suplemen.  Antaranya adalah: 

1 - Pencemaran alam sekitar

Kita tidak boleh lari daripada pencemaran kecuali kita memakai set pelindung dan berkurung di dalam rumah.  Ini kerana, dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan di dalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, agen penyebab kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan!

2 - Sering jatuh sakit

Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tercemar atau tidak segar

Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4 - Gaya hidup tidak sihat

Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!

Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI

Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5 - Diet yang tidak seimbang

Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6 - Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan

Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.

7 - Kehilangan nutrien dalam makanan semasa proses penyediaan makanan

Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?


Itulah antara 7 faktor yang menyebabkan kepada keperluan suplemen untuk kita renung-renungkan .  Saya telah memilih yang suplemen yang terbaik iaitu SHAKLEE. Supplemen ini, telah 50 tahun berada di pasaran dan telah menjadi perintis di dunia pasaran suplemen. Anda pula bagaimana?  




No comments:

Post a Comment